Ahad, 18 Oktober 2009

karya--cetusan imaginasi

menghasilkan karya bagi sesetengah orang mungkin sesuatu perkara yang amat sukar. maklum sahajalah menghasilkan karya bagai menulis kisah yang mungkin tidak wujud. melukis karya diatas kertas bagai mencipta dunia baru kepada pembaca. pembaca pasti akan memasuki dunia yang diwujudkan sekiranya karya yang dihasilkan mantap dan menarik.

bagi sesetengah orang karya yang dihasilkan haruslah mampu memberi imaginasi dan khayalan kepada mereka. namun, membaca sebenarnya adalah untuk mencapai ilmu disamping dapat memberikan hiburan rohani untuk mereka.

terpulang. setiap individu berhak membuat penilaian dan persepsi mereka sendiri. namun penulis harus bijak dalam mengadaptasi ilmu untuk diamalkan kepada pembaca. mereka yang menulis mempunyai tanggungjawab besar dalam menghasilkan karya kepada pembaca.

salah menaip. mereka mungkin akan mencapai kemewahan. tetapi mampukah mereka memberi kepuasan kepada pembaca sambil menyalurkan ilmu untuk diamalkan kepada pembaca atau sekadar menulis untuk kepuasan mereka. itu semua terpulang kepada penulis untuk menilainya. hanya penulis yang berhak membuat pilihan kerana jemari mereka yang menghasilkan karya.

Tiada ulasan: